Thursday, 4 April 2013

6 App Untuk Mengesan Kedudukan Android


Keselamatan telefon bimbit berada di tangan anda. Anda tidak sedar ia telah berlaku samada anda tertinggal atau telah diambil dengan sengaja dari beg anda oleh orang yang berniat tak baik. Kehilangan telefon bimbit bermakna anda kehilangan ratusan atau ribuan ringgit. 

Walaupun anda telah berjaya mengesan telefon bimbit anda menggunakan aplikasi tertentu, lebih baik untuk anda melaporkan kepada  pihak polis demi keselamatan anda, untuk mengambilnya bagi pihak anda sekiranya orang yang mengambil telefon anda itu merbahaya.

Ada 6 aplikasi yang menarik untuk anda cuba atau pilih.




McAfee Wave Secure adalah satu aplikasi yang menarik dan popular. 
  • Boleh mengesan telefon anda melalui GPS. 
  • Ia menyediakan lebih banyak maklumat berbanding aplikasi lain.
  • Anda akan mendapat sejarah panggilan orang yang mencuri telefon anda walaupun mereka menukar kad SIM telefon anda.
  • Terdapat satu lagi aplikasi WaveSecureUPA yang anda boleh pasangkan untuk melindungi terhadap aplikasi utama sekiranya ia dinyahpasang (uninstalled).
  • Ia selamat dan tersembunyi.
  • Harga USD19.90 setahun. Terdapat 1 minggu trial percuma.




Mobile Me adalah servis daripada Apple menggunakan perkhidmatan syarikat mereka bagi mengesan telefon anda hilang.
  • Untuk keselamatan, anda boleh mengunci telefon, menetapkan kod pas dan memadam data telefon bimbit anda.
  • Harga USD99.00. Bagaimanapun pengguna yang menggunakan iOS  4.2 boleh mendapatkan 'Mobile Me' secara percuma.




Prey Anti-Theft juga percuma.
  • Mengesan GPS telefon anda dengan menghantar mesej.
  • Anda kemudiannya boleh mengesan melalui web interface.
  • Aplikasi ini tetap bekerja walaupun pencuri menukar kad SIM anda.
  • Perisian juga disediakan untuk mengesan laptop dan tablet.




Aplikasi Where’s my Droid diperolehi dari pasaran android.
  • Ia membolehkan anda memasukkan kod ke dalam telefon bimbit anda.
  • Walaupun telefon anda ditetapkan pada bergetar atau senyap, kod yang dimasukkan akan menyebabkan telefon memainkan bunyi amaran pada kelantangan yang tinggi sehingga telefon bimbit anda dijumpai.
  • Aplikasi ini juga boleh memberi maklum balas kepada anda melalui lokasi GPS telefon bimbit, serta pautan lokasi ini pada Google map.
  • Aplikasi ini amat berkesan jika anda kehilangan telefon bimbit anda di dalam bilik atau di sesuatu kawasan.





Satu lagi aplikasi yang berguna ialah Mobile Defense.
  • Aplikasi yang amat berguna jika anda telah meninggalkan telefon anda di tempat awam atau jika anda rasa telefon anda telah dicuri.
  • Anda perlu melengkapkan pendaftaran selepas memasang  Mobile Defense untuk mengaktifkannya.
  • Selepas dipasang ia akan bergerak secara senyap di background telefon bimbit tanpa disedari.
  • Jika anda kehilangan telefon bimbit anda, 
  1. Pergi ke dashboard  Mobile Defense dan log in. 
  2. Klik peta untuk membuka kawalan jauh. 
  3. Di sebelah kanan skrin anda, mana-mana telefon yang anda telah daftar akan berada di sana. 
  4. Klik 'sambung ke telefon' untuk mengaktifkan perisian ini  Mobile Defense . 
  5. Apabila sambungan telah dibuat, lokasi telefon anda akan ditunjukkan dalam Google map.





Device Locator adalah aplikasi yang simple.
  • Hanya login ke akaun anda diinternet untuk mengesan lokasi telefon anda. 
  • Ini akan menyebabkan telefon anda untuk membuat bunyi bising, serta mengunci telefon untuk menghalang akses.
  • Harga USD4.99
Sudahkah anda mengambil tindakan untuk keselamatan telefon bimbit anda?






No comments:

Post a Comment